Terus ke kandungan
RumahHQ
BM EN

Berapa Kos Bina Rumah Anda? Ketahui Dalam 30 Saat.

Tiada lagi meneka. Pilih keluasan dan pakej, dan anda nampak jumlah penuh serta setiap item di sebaliknya — dengan kadar sebenar yang kami terbitkan, bukan anggaran pasaran umum. Tiada daftar, tiada bayaran, dan tiada sesiapa akan menghubungi anda melainkan anda memintanya.

Kadar pakej Gold
RM210–250 per kaki persegi
Kadar berkuat kuasa
2026-09-20
Kos lukisan & quotation
Percuma

Kalkulator kos

1. Rumah anda
Bilangan tingkat

Rumah 2 tingkat mempunyai kadar lebih tinggi: struktur lebih besar, papak atas dan tangga.

2. Pakej kemasan

Lihat beza penuh antara pakej Gold dan Silver.

3. Kerja berkaitan
Kelulusan pelan PBT sehingga CCC diperlukan?

Termasuk pelan arkitek, pelan kejuruteraan, bayaran PBT dan pengurusan sehingga CCC. Apa itu CCC?

4. Lokasi & pembiayaan

Anggaran kos pembinaan

RM383,500 – RM482,500

Kelulusan PBT belum dipastikan, jadi hujung rendah tidak memasukkannya dan hujung tinggi memasukkannya.

RM210–240 per kaki persegi × 1,800 kaki persegi

Pakej kemasan Gold RM210–240 psf × 1,800 kaki persegi
RM378,000 – RM432,000
Kelulusan PBT sehingga CCC Kos tetap
RM0 – RM45,000
Meter kekal elektrik & air Kos tetap
RM5,500

Kadar berbeza bergantung kepada design & spesifikasi rumah. Ini anggaran saja: pasukan QS kami akan sediakan quotation rasmi selepas meneliti lukisan pembinaan (construction drawing).

Ansuran dari RM1,831/bulan LPPSA 4.00% tetap, 30 tahun, margin 100%. Anggaran saja.

Semak Kelayakan Pembiayaan

Kadar berkuat kuasa 2026-09-20 (versi 2026.09c). Anggaran, bukan quotation rasmi. Tidak termasuk harga tanah.

Dapatkan quotation rasmi — percuma

Kami akan hubungi anda untuk lawatan tapak dan sediakan quotation penuh berdasarkan anggaran RM383,500 – RM482,500 di atas. Tiada bayaran, tiada ikatan.

Kami tidak menyimpan angka pendapatan anda pada laman ini, dan tiada bayaran pada mana-mana peringkat.

Bagaimana angka ini dikira

Tiada formula tersembunyi. Kos pembinaan adalah kadar per kaki persegi darab keluasan binaan, campur dua kos tetap jika anda pilih. Itu saja.

Kadar per kaki persegi

Tingkat Pakej Kadar
1 tingkat gold RM210–240 psf
1 tingkat silver RM200–220 psf
2 tingkat gold RM220–250 psf
2 tingkat silver RM210–230 psf

Kadar berbeza bergantung kepada design & spesifikasi rumah. Ini anggaran sahaja; pasukan QS kami akan sediakan quotation rasmi selepas meneliti lukisan pembinaan.

Kos tetap

Kelulusan PBT sehingga CCC Pelan arkitek, pelan kejuruteraan, bayaran PBT, pengurusan permit dan CCC.
RM45,000
Meter kekal elektrik & air Permohonan, deposit dan penyambungan TNB serta pihak berkuasa air.
RM5,500

Contoh penuh

Rumah 2,000 kaki persegi, 1 tingkat, pakej Gold, termasuk kelulusan PBT dan meter:

RM210–240 × 2,000 + 45,000 + 5,500 = RM470,500 – RM530,500

Kalkulator menerima keluasan 600 hingga 12,000 kaki persegi. Di luar julat itu kami tidak beri angka, kerana kos per kaki persegi untuk projek sangat kecil atau sangat besar tidak lagi mengikut kadar rata ini.

Pembiayaan melalui panel kami

Golden Sharp Innovation (IP0580950-X) adalah kontraktor panel berdaftar dengan institusi di atas. Status panel bermakna kelayakan kami sebagai kontraktor telah dinilai, dan dokumen tuntutan kemajuan kami mengikut format yang institusi jangkakan — ia bukan jaminan kelulusan pembiayaan anda, dan bukan pengesahan produk kami oleh institusi tersebut. Kelulusan dan terma ditentukan sepenuhnya oleh LPPSA atau bank berkenaan. Logo dan tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing.

Langkah seterusnya

Anggaran kos adalah separuh gambaran. Separuh lagi adalah jumlah yang anda layak pinjam — dan kesilapan paling mahal dalam proses bina rumah adalah memilih design dulu, kemudian mendapati kelulusan pembiayaan lebih rendah daripada kos binaan.

Susunan yang kami cadangkan:

  1. Semak kelayakan pembiayaan anda — LPPSA untuk penjawat awam, atau bank untuk sektor swasta.
  2. Semak kesediaan tanah anda: hakmilik, syarat nyata, akses dan kategori tanah.
  3. Pilih design daripada 62 pelan kami, atau minta Custom Design percuma.
  4. Kami buat lawatan tapak dan keluarkan quotation rasmi.

Soalan lazim

Adakah anggaran ini termasuk harga tanah?
Tidak. Semua angka di sini adalah kos pembinaan di atas tanah yang anda sudah miliki. Jika anda masih mencari tanah, kos tanah adalah berasingan dan berbeza sangat ikut lokasi.
Berapa tepat anggaran ini?
Ia dikira pada kadar per kaki persegi yang sama kami terbitkan dalam pakej kami, jadi ia tepat untuk menilai bajet dan memohon pembiayaan. Quotation rasmi dikeluarkan selepas lawatan tapak, kerana keadaan tanah, akses jalan dan bentuk lot boleh mengubah kos kerja tapak.
Mengapa cara pembiayaan tidak mengubah harga?
Kerana kadar kami sama tidak kira bagaimana anda membiayai binaan. Kami pernah mengenakan caj dokumentasi tambahan untuk laluan pembiayaan tertentu; caj itu sudah dibuang. Soalan pembiayaan kekal dalam borang kerana ia menentukan senarai dokumen yang anda perlukan, bukan harga.
Apa yang tidak termasuk dalam angka ini?
Harga tanah, kerja tanah luar biasa (cerun, tanah lembut, tapak perlu ditimbus tinggi), pagar dan pintu gerbang, landskap, perabot dan elektrik tambahan, serta cukai tanah. Semua ini kami senaraikan dalam quotation rasmi supaya tiada kejutan.
Adakah saya perlu bayar untuk quotation atau lukisan?
Tidak. Design, lukisan dan quotation adalah percuma sepenuhnya, tanpa pendaftaran dan tanpa ikatan. Kami hanya dibayar bila anda melantik kami untuk membina.
Boleh saya simpan atau kongsi anggaran ini?
Boleh. Tekan "Kongsi anggaran ini" dan pautan yang disalin mengandungi semua nilai yang anda masukkan, jadi ia akan terbuka semula dengan angka yang sama. Berguna untuk dibincangkan dengan pasangan atau dibawa ke bank.
WhatsApp Pelan Rumah