Selangor
Saujana Utama, Sungai Buloh
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
- Struktur
- Siap
- Dalaman
Tak perlu faham semua benda sekaligus. Beritahu kami anda di peringkat mana, dan kami tunjuk langkah seterusnya. Setiap satunya percuma.
Mula dengan dua angka: berapa kos rumah yang anda bayangkan, dan berapa yang anda layak pinjam. Dua-dua percuma, tanpa daftar.
Tanah pusaka yang belum selesai, tanah pertanian, atau tiada akses jalan: inilah yang paling kerap melambatkan projek. Semak dulu sebelum keluar duit untuk lukisan.
62 pelan dengan 3D, lukisan penuh dan anggaran kos. Suka satu tapi nak ubah sikit? Kami ubah suai secara percuma.
Kami datang ke tanah anda, dengar apa keluarga anda perlukan, dan beri quotation rasmi. Percuma dan tanpa ikatan.
Ikut urutan ini. Jawapan soalan pertama boleh ubah semua yang selepasnya.
Hakmilik, kategori dan syarat nyata di geran, akses jalan dan utiliti. Tanah pertanian perlu tukar syarat dulu, sebab PBT tak akan lulus pelan rumah di atasnya.
Semak tanah →Kadar per kaki persegi, kelulusan PBT sehingga CCC, dan pemasangan meter, semuanya dipecahkan. Harga sama walau apa cara anda bayar.
Kira kos →LPPSA untuk penjawat awam, CIMB atau Maybank untuk sektor swasta, atau KWSP dan tunai. Alat kami tunjuk jumlah, ansuran dan peraturan yang menghadkan anda.
Semak kelayakan →Pilih dari 62 pelan siap, ubah suai salah satu, atau kami lukis yang baru ikut bentuk tanah anda.
Lihat pelan →Kami. Arkitek dan jurutera berdaftar hantar pelan, kami susul dengan majlis sehingga lulus, dan uruskan CCC bila rumah siap.
Proses kelulusan →Tempoh ialah julat biasa, bukan janji. Kelulusan PBT paling banyak berbeza ikut majlis.
1. Konsultasi Awal
1–3 hari
2. Semakan Tanah
3–7 hari
3. Pelan Konsep & 3D
1–2 minggu
4. Quotation
3–7 hari
5. Submission Majlis
2–4 minggu
6. Kelulusan PBT
3–4 bulan
7. Dokumen Pembiayaan
1–3 minggu
8. Pembinaan
5–6 bulan
9. Pemeriksaan Kualiti
1–2 minggu
10. Serah Kunci
1 hari
11. Sijil CCC
2–4 minggu
12. Warranty
12 bulan
Rumah sebenar yang kami bina untuk pemilik tanah seperti anda.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat dengan taman tropika, wakaf kayu dan dalaman yang sudah didiami.
Selangor
Banglo 1 tingkat
Direkodkan dari tanah kosong: kerja tanah, asas, dinding, bumbung, sehingga lampu porch menyala.
Selangor
Banglo 2 tingkat
Banglo 2 tingkat moden, siang dan malam, dengan tangga besi tempa dan siling berlampu.
Pelan, pandangan 3D dan quotation penuh — semuanya percuma, tanpa daftar dan tanpa ikatan. Kami hanya dibayar bila anda memilih kami untuk membina rumah keluarga anda.