Terus ke kandungan
RumahHQ
BM EN

Kontraktor bina rumah atas tanah sendiri

Tanah anda sudah lama menunggu. Kini masanya bina rumah keluarga anda.

Bilik sendiri untuk setiap anak. Dapur yang cukup luas untuk juadah Raya. Rumah yang dibina atas tanah keluarga anda sendiri — dengan harga yang anda tahu dari hari pertama, dan satu pasukan yang uruskan semuanya sehingga anda pegang kunci.

Baru nak mula? Panduan untuk pemilik tanah →
  • ✓ Pelan & 3D percuma
  • ✓ Quotation percuma
  • ✓ Lawatan tapak percuma
  • ✓ Tiada ikatan
Rumah 2 tingkat dengan laman berumput dan pergola kayu, rumah pelanggan RumahHQ di Saujana Utama, Sungai Buloh
Rumah pelanggan kami di Saujana Utama, Sungai Buloh. Gambar sebenar, bukan lukisan. Lihat projek ini
230+
Rumah telah siap dibina
10+
Tahun membina rumah
90+
Tukang & jurutera dalam jaringan kami
99%
Maklum balas positif pelanggan

★ 4.9 / 5.0 di Google daripada 125 ulasan pelanggan. Angka setakat 2026-09-18.

Ramai yang ada tanah, tapi terus menangguh. Biasanya kerana empat kebimbangan ini.

Kebimbangan anda berasas — semuanya pernah berlaku kepada orang lain. Inilah cara kami memastikan ia tidak berlaku kepada anda.

“Takut kos naik di tengah jalan.”

Kadar kami diterbitkan terbuka — setiap kaki persegi, kos kelulusan PBT dan meter kekal. Kalkulator menunjukkan pecahan penuh, bukan satu angka misteri.

Kira kos anda sekarang →

“Takut kontraktor tinggalkan projek.”

Anda tidak membayar untuk kerja yang belum siap. Setiap bayaran dibuat mengikut peringkat kerja yang telah disahkan, dan kami kontraktor berdaftar CIDB dengan rekod 230+ rumah siap.

Lihat jadual bayaran →

“Takut pinjaman tak lulus.”

Semak kelayakan LPPSA atau bank anda dalam satu minit — tanpa daftar. Kami panel berdaftar LPPSA, CIMB dan Maybank, dan kami sediakan dokumen kontraktor yang mereka perlukan.

Semak kelayakan saya →

“Takut kelulusan PBT tersangkut.”

Kelulusan pelan hingga Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) sudah termasuk dalam anggaran kami. Kami yang berurusan dengan majlis — anda tidak perlu beratur di kaunter.

Bagaimana kelulusan berjalan →

Dari tanah kosong ke kunci di tangan, dalam 3 langkah

  1. 1

    Pilih pelan & kira kos

    Lihat 62 pelan rumah dan tahu anggaran kosnya dalam 30 saat. Percuma, tanpa daftar.

  2. 2

    Lawatan tapak & quotation

    Kami datang ke tanah anda, dengar apa keluarga anda perlukan, dan beri quotation rasmi. Juga percuma.

  3. 3

    Kami bina, anda pegang kunci

    Pelan, kelulusan PBT, pembiayaan dan pembinaan — satu kontrak, satu pasukan, sehingga serah kunci.

Lihat perjalanan penuh 12 langkah →
Taman landskap dengan laluan batu, rumah pelanggan RumahHQ di Saujana Utama, Sungai Buloh Wakaf kayu dan pergola di laman, rumah pelanggan RumahHQ di Saujana Utama, Sungai Buloh Dapur dengan kabinet penuh, rumah pelanggan RumahHQ di Saujana Utama, Sungai Buloh Ruang tamu, rumah pelanggan RumahHQ di Saujana Utama, Sungai Buloh

Projek pilihan · Saujana Utama, Sungai Buloh

Bukan sekadar rumah siap. Rumah yang sudah jadi kediaman.

Banglo 2 tingkat ini kami rakam dari dinding kelabu di sebalik zink biru, sehingga taman, wakaf kayu dan dapur yang sudah digunakan keluarga pemiliknya.

Lihat 39 gambar projek ini →

Gambar sebenar dari tapak kami

15 tapak sebenar, digambar semasa kami membina. Bukan render, bukan gambar stok.

Semua 15 projek →

62 pelan rumah. Pilih, ubah, atau kami lukis yang baru.

Setiap pelan lengkap dengan pandangan 3D, lukisan teknikal, keluasan sebenar dan anggaran kos — dari 337 hingga 5,540 kaki persegi, bermula RM84,250. Download tanpa daftar, tanpa bayaran.

Lihat Semua 62 Pelan
Pandangan 3D rumah RHQ-E2-01 — 1 tingkat, 337 kaki persegi, 1 bilik tidur, 1 bilik air 1 Tingkat Banglo Mini

RHQ-E2-01

Banglo Mini 1 Tingkat · 1 Bilik · 1 Bilik Air

Anggaran RM84,250

dari RM402/bulan · LPPSA 4% 30 tahun

Keluasan
337 kaki persegi
Bilik tidur
1 bilik
Bilik air
1 bilik air
Pandangan 3D rumah RHQ-A4-01 — 1 tingkat, 1,698 kaki persegi, 4 bilik tidur, 3 bilik air 1 Tingkat

RHQ-A4-01

Banglo 1 Tingkat · 4 Bilik · 3 Bilik Air

Anggaran RM459,839

dari RM2,195/bulan · LPPSA 4% 30 tahun

Keluasan
1,698 kaki persegi
Bilik tidur
4 bilik
Bilik air
3 bilik air
Pandangan 3D rumah RHQ-A5-07 — 1 tingkat, 2,219 kaki persegi, 4 bilik tidur, 3 bilik air 1 Tingkat

RHQ-A5-07

Banglo 1 Tingkat · 4 Bilik · 3 Bilik Air

Anggaran RM443,800

dari RM2,119/bulan · LPPSA 4% 30 tahun

Keluasan
2,219 kaki persegi
Bilik tidur
4 bilik
Bilik air
3 bilik air
Pandangan 3D rumah RHQ-D1-03 — 2 tingkat, 2,252 kaki persegi, 5 bilik tidur, 4 bilik air 2 Tingkat

RHQ-D1-03

Banglo 2 Tingkat · 5 Bilik · 4 Bilik Air

Anggaran RM550,725

dari RM2,629/bulan · LPPSA 4% 30 tahun

Keluasan
2,252 kaki persegi
Bilik tidur
5 bilik
Bilik air
4 bilik air
Ke mana bajet anda jatuh 4 julat harga mengikut urutan: Bawah RM250,000, 21 design; RM250,000 – RM450,000, 11 design; RM450,000 – RM600,000, 21 design; Atas RM600,000, 9 design. 62 design kesemuanya, dikelompokkan mengikut anggaran kerja binaan yang diterbitkan — kerja binaan sahaja, tanah dan kos tetap kelulusan serta meter adalah berasingan. Ke mana bajet anda jatuhBawah RM250,00021 designRM250,000 – RM450,00011 designRM450,000 – RM600,00021 designAtas RM600,0009 design
Bawah RM250,000, 21 design Bawah RM250,000: 21 daripada 62 design, 34 peratus daripada katalog. Anggaran diterbitkan terendah dalam julat ini RM84,250, kerja binaan sahaja. Bawah RM250,00021 designdaripada 62 design · 34%Anggaran terendah: RM84,250Kerja binaan sahaja
RM250,000 – RM450,000, 11 design RM250,000 – RM450,000: 11 daripada 62 design, 18 peratus daripada katalog. Anggaran diterbitkan terendah dalam julat ini RM266,611, kerja binaan sahaja. RM250,000 – RM450,00011 designdaripada 62 design · 18%Anggaran terendah: RM266,611Kerja binaan sahaja
RM450,000 – RM600,000, 21 design RM450,000 – RM600,000: 21 daripada 62 design, 34 peratus daripada katalog. Anggaran diterbitkan terendah dalam julat ini RM452,796, kerja binaan sahaja. RM450,000 – RM600,00021 designdaripada 62 design · 34%Anggaran terendah: RM452,796Kerja binaan sahaja
Atas RM600,000, 9 design Atas RM600,000: 9 daripada 62 design, 15 peratus daripada katalog. Anggaran diterbitkan terendah dalam julat ini RM611,335, kerja binaan sahaja. Atas RM600,0009 designdaripada 62 design · 15%Anggaran terendah: RM611,335Kerja binaan sahaja
Rajah 1. Design dikelompokkan mengikut anggaran kerja binaan yang diterbitkan. Tekan satu julat untuk melihat bahagiannya dan anggaran terendahnya. Halaman setiap julat menyenaraikannya dengan lukisan penuh dan keluasan.

Anggaran untuk kerja binaan sahaja. Lihat julat: Bawah RM250,000 · RM250,000 – RM450,000 · RM450,000 – RM600,000 · Atas RM600,000 .

Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB Golden Sharp Innovation, no. pendaftaran 0120260318-SL169289, gred G4, sah hingga 17/03/2028 Lihat sijil penuh

Pendaftaran disahkan

Kontraktor Berdaftar CIDB, Gred G4

Golden Sharp Innovation berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ini sijil kami, penuh. Jangan percaya kata kami saja: semak nombor ini di daftar CIDB sendiri, atau imbas kod QR pada sijil.

No. pendaftaran
0120260318-SL169289
Sah hingga
17/03/2028
Gred · Kategori
G4 Bangunan (B04) G4 Kejuruteraan Awam (CE21) G4 Mekanikal & Elektrikal (M15)

Kami kontraktor panel berdaftar

Golden Sharp Innovation (IP0580950-X) adalah kontraktor panel berdaftar dengan institusi di atas. Status panel bermakna kelayakan kami sebagai kontraktor telah dinilai, dan dokumen tuntutan kemajuan kami mengikut format yang institusi jangkakan — ia bukan jaminan kelulusan pembiayaan anda, dan bukan pengesahan produk kami oleh institusi tersebut. Kelulusan dan terma ditentukan sepenuhnya oleh LPPSA atau bank berkenaan. Logo dan tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing.

Dapatkan jawapan dulu. Bercakap dengan kami kemudian.

Kalkulator kami jawab soalan yang paling penting tanpa pendaftaran, tanpa panggilan jualan — dan angka pendapatan anda tidak disimpan. Lepas itu, Studio dan Dream Run bawa anda melangkah lebih jauh.

Dua pakej. Struktur yang sama kukuh.

Asas, kerangka dan gred konkrit adalah sama pada kedua-dua pakej, diluluskan oleh jurutera yang sama. Bezanya pada kemasan. Dan harga tidak berubah walau apa pun cara anda membiayainya.

Pakej Gold — kemasan lebih mewah

RM210–250 per kaki persegi

Bumbung
Genting konkrit + membran kalis air & insulasi foil
Ketinggian Siling
11 kaki (tingkat bawah)
Dapur
Kabinet atas & bawah, table-top granit 10 kaki

Pakej Silver — nilai terbaik

RM200–230 per kaki persegi

Bumbung
Genting konkrit / metal deck, alang keluli ringan
Ketinggian Siling
10 kaki (tingkat bawah)
Dapur
Kabinet bawah + table-top konkrit berjubin 8 kaki

Bandingkan kedua-dua pakej dalam 15 kategori, termasuk apa yang tidak termasuk.

Kadar setakat 2026-09-23; hujung rendah untuk rumah 1 tingkat, hujung tinggi untuk 2 tingkat. Kadar berbeza bergantung kepada design & spesifikasi rumah. Ini anggaran sahaja; pasukan QS kami akan sediakan quotation rasmi selepas meneliti lukisan pembinaan. Tidak termasuk harga tanah.

Baca dulu sebelum anda membina

Panduan mudah tentang kos, pembiayaan, tanah dan pelan rumah. Tahu apa yang perlu disemak, dan apa yang perlu ditanya, sebelum anda keluarkan belanja.

Semua 13 artikel →

Apa kata pelanggan kami

4.9 daripada 125 ulasan Google

Baca semua ulasan di Google →

Soalan yang selalu ditanya

Berapa kos bina rumah atas tanah sendiri?
Kadar kami RM200 hingga RM250 per kaki persegi, bergantung kepada pakej, design dan spesifikasi rumah, campur RM45,000 untuk kelulusan PBT sehingga CCC dan RM5,500 untuk meter air dan elektrik kekal. Kalkulator kos memberi angka penuh anda dalam 30 saat.
Betulkah pelan dan quotation percuma?
Ya, sepenuhnya. Pelan, pandangan 3D dan quotation penuh diberikan tanpa bayaran, tanpa pendaftaran dan tanpa ikatan. Kami hanya dibayar bila anda memilih kami untuk membina.
Perlukah saya ada tanah dulu?
Ya. Pembiayaan bina rumah perlukan hakmilik atas nama pemohon kerana tanah itulah cagaran. Belum pasti tanah anda sesuai? Semak kesediaan tanah dalam 7 soalan. Urutan lengkapnya ada dalam panduan cara bina rumah atas tanah sendiri.
Kawasan mana yang anda liputi?
Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya. Di luar kawasan ini kami tidak memberi harga — tetapi pelan kami tetap boleh anda download percuma dan bawa kepada kontraktor tempatan anda.

Jangan percaya kata-kata kami. Datang lihat sendiri.

Cara paling jujur menilai kontraktor adalah melihat kerja mereka sebelum dicat — kemasan plaster, susunan tapak, dan cara tukang bekerja. Beritahu kami lokasi anda, dan kami aturkan lawatan ke tapak pembinaan yang paling dekat.

Lokasi kami di Klang

No. 36, Tingkat 1, Jalan Raya Barat, Kawasan 6, 41000 Klang, Selangor

Kami datang ke tapak anda di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

Dapatkan arah